sktsb2.zoom-a.com
SK TAMAN SKUDAI BARU 2
Jalan Hang Kasturi 21,
Taman Skudai Baru
81300 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
 Tel : 075115208, Faks : 075115208
e-mel : sktsb2jb@gmail.com
 




| LAMAN UTAMA | PROFIL | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | AKTIVITI | ALBUM | PAUTAN | BUKU PELAWAT | VIDEO SEKOLAH | Untitled |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(EN. TAY TONG AIK)


Salam Sejahtera.

Saya bagi pihak barisan pendidik dan staf sokongan, Ahli Jawatankuasa PIBG serta para murid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah kami.

Kami berharap semoga laman web ini dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutamanya demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan setiap murid sekolah ini dalam arus pendidikan perdana di negara kita.

Pendidikan negara kita sedang mengalami proses transformasi, satu proses berterusan peningkatan kualiti pendidikan ke arah usaha menyediakan dan membekalkan modal insan berkualiti untuk merealisasikan wawasan negara. Sehubungan dengan itu, saya sangat berharap khususnya barisan pendidik sekolah ini dapat memberikan komitmen ke arah visi sekolah iaitu PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. Justeru itu , kegigihan dan kesungguhan setiap warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing amat kritikal dalam pencapaian KRA dan KPI seperti yang digariskan dalam NKRA.  Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik  sekolah ini berupaya merealisasikan harapan tersebut. 

Di samping itu, saya juga berharap semoga semua murid dapat mempertingkatkan keazaman dan ketekunan dalam usaha menimba ilmu khususnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

"1 MALAYSIA, MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Sekian.


PROFIL SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 merupakan sekolah rendah kedua yang dibina bagi menampung keperluan penduduk Taman Skudai Baru dan kawasan sekitarnya yang bertambah dengan pesat. Sekolah ini didirikan di atas tapak seluas 3.91 ekar dan terletak di Jalan Hang Kasturi 21. Jaraknya dari Bandaraya Johor Bahru ialah kira-kira 25 kilometer.

Sekolah ini telah siap dibina pada 05 Mac 2002 tetapi hanya mula beroperasi pada 05 Januari 2004. Majlis pelancaran pendaftaran murid dan taklimat persekolahan telah diadakan pada 16 Disember 2003 dan perasmian pengoperasiannya pula pada 12 Januari 2004.

Pada awal pembukaan sekolah telah dibekalkan dengan 13 orang tenaga pengajar dan kemudiannya bertambah sehingga 19 orang. Sekolah ini juga telah dibekalkan khidmat 5 orang pekerja swasta yang bertanggungjawab merawat kebersihan persekitaran kawasan sekolah dan bangunan. Guru Besar pertama sekolah ini adalah Hjh Salmah Bt Zainal.

Pada awal pendaftaran, seramai 265 orang murid telah didatangkan dari tiga buah sekolah yang berhampiran iaitu SK Taman Skudai Baru, SK Taman Damai Jaya dan SK Taman Selesa Jaya. Bilangan itu bertambah sehingga mencecah 292 orang pada akhir tahun. Bilangan kelas yang dibuka sebanyak 10 buah dari tahun 1 hingga tahun 5 dengan 2 kelas bagi setiap aliran. Sehingga kini jumlah murid yang mendaftar dan belajar disekolah ini menjangkau kepada 360 orang murid yang dibahagikan kepada 12 kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.

Dari segi prasarananya, sekolah ini mempunyai 30 bilik darjah dan dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Muzik, Bilik Buku Teks, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Komputer, Bilik Peperiksaan, Kedai Buku Surau, Kantin, Bilik Guru, Bilik Sukan, Bilik Persalinan dan juga Pejabat.

Taraf kehidupan penduduk sekitar sekolah ini adalah terdiri daripada golongan sederhana. Mereka terdiri daripada pekerja swasta, perindustrian dan kakitangan kerajaan. Masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum dan mengamalkan pelabagai budaya dan agama.



 
SENARAI GURU BESAR

      TAHUN                          NAMA
1.  2004 - 2006                    Cik Hjh Salmah Bt Zainal                 
2.  2006                                Pn Hjh Rohani Bt Kamarudin
3.  2007- 2008                      Pn Hjh Rokiah Bt Jamil
4.  2008 - Sekarang               En Tay Tong Aik

VISI SEKOLAH


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera



MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu 
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 



FALSAFAH SEKOLAH



Membudayakan stail pengurusan dan pendidikan yang efektif dan menyeluruh untuk melahirkan pelajar yang boleh berfikir, berkemahiran, berprinsip, berakidah serta mampu membuat keputusan dan penentuan ke arah pembangunan peribadi.




LOGO SEKOLAH



PERISAI
:
Pendidikan menyeluruh yang diterima untuk menangani cabaran hidup.



SAINS & TEKNOLOGI

:
Kecemerlangan akademik yang seiring dengan kemajuan Sains dan Teknologi masakini

5 GELUNG
:
Kecemerlangan bidang ko-kurikulum seiring dengan Pengajaran dan Pembelajaran untuk menjana kecemerlangan menyeluruh.



MULTIMEDIA:
Kecemerlangan dapat dicapai melalui sokongan kecanggihan teknologi maklumat.



3 BUCU PERISAI
:
Kemahiran 3M (membaca.menulis dan mengira) perkara asas yang dikuasai



BENTUK "V"
:
Kemenangan dalam semua aspek (victory)



BERILMU, BERKETRAMPILAN, BERWAWASAN
:
Motto sekolah dalam melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berwawasan



WARNA MERAH
:
Keberanian menghadapi pelbagai rintangan dalam menuntut ilmu



WARNA BIRU
:
Semangat patriotisme dan perpaduan



WARNA PUTIH
:
Keimanan dan kesucian yang berlandaskan agama, menjadi teras kejayaan



WARNA KUNING
:
Kesetiaan dan kecintaan kepada Negara



* Logo SKTSB2 ini adalah hasil ciptaan dan idea kreatif
En. Arman Bakti B Omar Baki (2004)







Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: